Takbir Aidil Fitri

Takbir pada saat aidil fitri bermula sejak maghrib malam tanggal 1 syawal sehingga selesai solat ‘id.

Hal ini berdasarkan dalil berikut:

1. Allah berfirman, yang ertinya: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Qs. Al Baqarah: 185)

Ayat ini menjelaskan bahawasanya ketika orang sudah selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadlan maka disyariatkan untuk mengagungkan Allah dengan bertakbir.

2. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari rumah menuju ke tanah lapang kemudian baginda saw bertakbir hingga tiba di tanah lapang (musolla iaitu tempat solat hari raya). Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5621)

Keterangan:

1. Takbir aidil fitri dilakukan dimana saja dan bila saja. Ertinya tidak semestinya di masjid.

2. Sangat dianjurkan untuk memeperbanyak takbir ketika menuju ke tempat solat raya. Ini kerana ia merupakan kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat. Berikut di antara dalilnya:

* Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar daripada rumah menuju ke tanah lapang (tempat solat hari raya) kemudian baginda saw bertakbir sehingga tiba di tanah lapang. Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf)
* Daripada Nafi: “Dulu Ibn Umar bertakbir pada hari id (ketika keluar rumah) sehingga beliau tiba di tanah lapang. Beliau terus melanjutkan takbir hingga imam datang.” (HR. Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)
* Daripada Muhammad bin Ibrahim (seorang tabi’in), beliau mengatakan: “Dulu Abu Qatadah berangkat menuju tanah lapang pada hari raya kemudian bertakbir. Beliau terus bertakbir sehingga tiba di tanah lapang.” (Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa tak kahwin lagi?

Al-Baqara 1-6