Oleh ibnuqalil Mungkin kalian pernah diajukan soalan oleh teman mahupun kenalan, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Maka gelabahlah bagi mereka yang terlalu sensitif dengan soalan ini lebih-lebih lagi bagi muslimat. Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” atau kadang-kadang, "Belum ada rezeki lagi.." Ada juga memberi jawapan, "Nak bantu keluarga dulu.." Baiklah, mungkin selepas ini kalian akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai. Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t. Segala sesuatu sejak awal terciptanya Qalam sampai tiba hari Qiyamat telah tertulis di Lauh Mahfudz, kerana sejak permulaan menciptakan Qalam Allah telah berfirman kepadanya dalam hadith qudsi riwayat Bukhari dan Muslim : "Tulislah", Dia (Qalam) bertanya : "Wahai Rabb-ku, apa yang harus aku tulis?" Allah berfirman : "Tulislah segala sesuatu yang terjadi". Kemudian dia (Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiama
Comments
Post a Comment