Lentik Gadis Peneman Dia bukan pegawai perhubungan pelanggan, GRO, kerana tidak bermajikankan pemilik pusat hiburan. Bukan juga gadis pengiring, ‘escort girl’, kerana upah perkhidmatannya tidak begitu lumayan. “Kawan akan bagi tahu bila ada job,” kata Yuna. Yuna, anak ke-5 daripada 7 beradik, dilahirkan di Kota Tinggi, Johor, mula berkerja sebagai gadis peneman sejak setahun lalu. “Kawan sejak sekolah panggil saya 'lentik', sampai sekarang gelaran itu lekat,” tambahnya. Biarpun usianya 23 tahun, dia kelihatan 3 tahun lebih muda manakala tubuhnya berukuran, 34-24-34, ‘melentik’, dilihat aset mampu memancing perhatian ramai lelaki pengunjung pusat hiburan bermata keranjang. “Klien bayar saya, RM100 untuk jadi teman pergi karaoke. Saya tak minum (arak), cuma menyanyi sahaja. Kalau dia menggatal, saya akan tepis. Memang tak ada feeling langsung, kerja untuk dapat duit. Pernah ada klien kiss saya kat mulut, lepas tu saya marah dia,” katanya. “Jadi apa klien boleh buat, dia kan bayar...